KATA ADJEKTIF
Kata adjektif menerangkan sifat sesuatu kata nama. Dalam ayat, kata adjektif hadir selepas kata nama. Kata adjektif terbahagi kepada 9 jenis.
Jenis | Penerangan | Contoh Kata | Contoh Ayat |
Keadaan | Menerangkan sifat suatu kata nama | Subur, ganas, ceria, dahsyat | Tanah di belakang rumah saya sangat subur. |
Warna | Menerangkan warna suatu kata nama | Merah, hijau, biru, kuning | Daun hijau menjalankan proses fotosintesis. |
Bentuk | Menerangkan bentuk suatu kata nama | Lurus, bujur, cekung, bengkang-bengkok | Pipi Azliana cekung sejak dia keluar dari hospital. |
Ukuran | Menerangkan ukuran suatu kata nama | Tebal, ringan, halus, rendah | Buku Geografi itu amat tebal. |
Waktu | Menerangkan konsep masa suatu kata nama | Lama, lambat, segera, cepat | Siput itu berjalan lambat. |
Jarak | Menerangkan konsep ruang suatu kata nama | Jauh, hampir, rapat, dekat | Dari rumah saya hendak ke sekolah amat jauh. |
Perasaan | Menerangkan konsep perasaan oleh kata nama | Benci, gembira, riang, bimbang | Ibu amat gembira dengan keputusan ujian saya. |
Cara | Menerangkan ragam suatu kata nama | Jenis, lincah, selalu, gopoh | Safi Sali merupakan penyerang yang lincah dalam pasukan kebangsaan. |
Pancaindera | Menerangkan konsep rasa, pandang, bau, dengar dan sentuh bagi kata nama | Pahit, indah, bising, harum, kesat, licin | Bunga cempaka di belakang rumah saya sungguh harum baunya. |
Kata Tanya
Kata Tanya ialah sekumpulan kata untuk mendapatkan jawapan. Jadual di bawah ini menunjukkan fungsi kata tanya dan penggunaannya.
Kata Tanya | Fungsi | Contoh Ayat |
apa | Bertanya tentang benda | 1. Van itu membawa apa? 2. Apa ada di dalam beg kamu itu? |
siapa | Bertanya tentang orang | 1. Emak kamu siapa? 2. Siapa yang memanggil aku tadi? |
bila | Bertanya tentang masa | 1. Awak sampai di sini bila? 2. Bila awak hendak pulang ke kampung? |
mana | Bertanya tentang tempat sesuatu | 1. Kemalangan itu berlaku di mana? 2. Di mana awak jumpa pen saya ini? |
berapa | Bertanya tentang jumlah sesuatu | 1. Harga buah manggis ini sekilo berapa? 2. Berapa orang hadir dalam kursus tadi? |
mengapa | Bertanya tentang sebab kejadian sesuatu | 1. Muka kamu pucat mengapa? 2. Mengapa kamu tidak hadir semalam? |
bagaimana | Bertanya tentang cara sesuatu dibuat atau melakukan sesuatu | 1. Acara sambutan itu bagaimana? 2. Bagaimana kemalangan itu boleh berlaku? |
Menguji Morfologi Anda
Arahan: Semua ayat di bawah mengandungi kesalahan. Cari dan betulkan kesalahan tersebut.
1. Oleh kerana kebanyakan peserta-peserta kursus telah penat, program itu terpaksa disingkatkan. ( )
2. Sultan Melaka menganugerahkan Tun Perak pingat kebesaran itu. ( )
3. Hakim menjatuhi hukuman gantung sampai mati kepada penjenayah itu. ( )
4. Bangunan itu adalah Daya Bumi. ( )
5. Perkara itu ialah benar. ( )
6. Surat itu hendaklah dikarang oleh anda. ( )
7. Kakak lebih tinggi dari abang. ( )
8. Dia menceburkan diri di dalam bidang perniagaan. ( )
9. Saya mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan.
( )
10. Abang tidak menyebelahi kedua belah pihak yang bermusuhan itu. ( )
11. Di antara lagu nyanyian Siti Nurhaliza yang popular ialah “Cindai”. ( )
12. Tambak Johor terletak anatara Johor Bahru dan Singapura. ( )
13. Pakaian resmi untuk ke pejabat bagi wanita ialah baju kurung. ( )
14. Pertunjukkan fesyen itu mendapat sambutan yang mengalakkan. ( )
15. Kegiatan ko-kurikulum perlu disertai oleh semua murid. ( )